Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Rempah Selising amat popular bagi penduduk di Lembah Klang, terutamanya rakyat Kelantan yang berada di perantauan dan mendapat permintaan yang luar biasa bagi mereka yang telah mengetahui keistimewaannya. Rempah Selising ada 8 jenis rempah iaitu kari ayam dan daging, kerutuk ayam dan daging, kuzi, dalca, kari terung, nenas dan Kurma, gulai darat dan sup. Sebarang tempahan boleh berhubung ditalian : 019-9946334
Baulu Sri Jawa telah diusahakan oleh arwah bapa pelakon Fizo Omar Wan Omar Wan Ishak. Setelah arwah meninggal dunia, perniagaannya diteruskan oleh keluarga. Selain dari baulu dan akok ada juga kek baulu, akok, 'beko' dan 'piana' (akok besar) dan kuih-muih kering. Lokasi gerai jualan di alamat, Gerai Baulu Sri Jawa, KM23, 16810 Selising, Pasir Puteh, Kelantan.