Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Jeram Mengaji/Jeram Mak Nenek dibuka pada tahun 2005 . Ianya terletak lebih kurang 6 km dari Pekan Selising atau 22 km dari Bandar Pasir Puteh. Jeram Mengaji agak istimewa kerana kewujudannya yang terletak di kawasan kampung dan merupakan destinasi pelancongan di kawasan Pasir Puteh.Kemudahan penginapan terdapat di sini yang di sediakan penduduk di kawasan ini . Jeram Mengaji menyediakan Chalet, surau, tandas awam dan rumah penginapan sementara untuk berehat yang terletak di kawasan Jeram Mengaji. Di kawasan Jeram Mengaji para pelancong boleh melihat keindahan alam yang belum di cerobohi dan tanaman-tanaman yang segar di kawasan ini seperti tumbuhan herba. Disini juga disediakan kemudahan meletak kenderaan, pondok-pondok rehat, anak tangga serta tapak perkemahan yang luas bagi tujuan rekreasi.
Selain Jeram Mengaji di Selising juga terdapat padang bola sepak untuk orang awam. Padang bola sepak ini sentiasa aktif untuk semua golongan, tua, muda, dan kanak-kanak. Padang bola sepak Selising ini sentiasa aktif kerana penduduk di kawasan ini menggunakan padang bola sepak Selising untuk perlawanan. Antara perlawanan yang telah diadakan ialah perlawanan bola sepak antara penduduk kampung, perlawanan bola sepak perantau dan lain-lain. Sehubungan dengan itu juga padang bola sepak ini selalu digunakan untuk acara sukaneka dan senam aerobik oleh penduduk kampung. Seterusnya acara –acara lain juga ada di buat di padang bola sepak Selising seperti sambutan hari kemerdekaan.
Bagi penggemar air batu campur, Kedai Che Ngo yang dibuat hasil ramuan turun temurun. Tidak lengkap bila menjamah air batu campur tanpa cendol pulut yang disediakan sebagai pakej pelengkap hidangan. Perkhidmatan penghantaran air batu campur rumah ke rumah juga di sediakan oleh kaki tangan di kedai Che Ngo. Selain air batu campur, kedai Che Ngo ada juga menyediakan masakan lain seperti masakan panas dan sup.