Kisah Kejayaan
Video ini memaparkan kisah kejayaan 2 orang peserta yang mengikut kursus ICT di PI Selising iaitu Bengkel Latihan Intensif MS Office 2013. Peserta ini merupakan lepasan SPM dan STPM yang telah bekerja dan menyambung pelajaran ke peringkat Diploma.
Maklumat Individu:
Nama: Zullaika Binti Zahudi
Email: zzullaika94@gmail.com
Alamat: PT. 2937, Taman Kurniaan Alor Hijau Baru Alor Hijau,
Selising, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Umur: 22 Tahun
Tahun menjadi Ahli PI: 2016
Nama: Nurul Aznita Binti Abd Aziz
Email: nurulaznita66@gmail.com
Alamat: No. 51, Kampung Banir Belikong, Selising,
16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Umur: 18 Tahun
Tahun menjadi Ahli PI: 2016
Kisah kejayaan:
Setelah tamat SPM/STPM, mereka bercadang mengikut kursus komputer/IT. Dengan kewujudan PI Selising telah memberikan manfaat kepada mereka untuk mengikuti kursus ICT dan kursus Keusahawanan secara percuma.
Mereka juga merupakan ahli PI Selising yang sering berkunjung ke Pusat Internet pada waktu terluang untuk menggunakan kemudahan ICT yang disediakan dan mengikuti kursus ICT dan kursus keusahawanan yang dijalankan.
Kemahiran mereka dalam penggunaan komputer/IT sebelum menjadi ahli PI boleh dikatakan kurang celik komputer/IT, walaupun untuk menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint dan Access). Bahkan untuk menggunakan komputer dan pengetahuan tentang pengenalan komponen-komponen komputer mereka perlu diberi tunjuk ajar terlebih dahulu.
Setelah menjadi ahli PI Selising, mereka dapat mempelajari sedikit sebanyak kemahiran penggunaan komputer/IT dan telah mengikuti Kursus Intensif Microsoft Word 2013 dan Kursus E-Usahawan Digital secara percuma. Selain itu, penggunaan komputer mereka boleh dikatakan mahir untuk kegunaan harian.
Walaupun pada permulaan pembelajaran penggunaan komputer/IT mereka kurang mahir, namun dengan semangat untuk mempelajari bidang komputer/IT adalah sangat tinggi dan berkobar-kobar sehinggalah mereka dapat menguasai ilmu komputer/IT dengan baik.