Kursus e-Usahawan Digital 2016
19 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniKursus e-Usahawan Digital 2016 anjuran MULTIMEDIA DEVELOPMENT CORPORATION (MDEC) dengan kerjasama PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN SELISING telah bermula pada 18 Mac 2016 dan berjalan sepanjang tahun 2016 iaitu pada setiap hari jumaat dan sabtu bertempat di Pusat Internet SELISING. Sijil penyertaan kursus adalah dikeluarkan oleh MULTIMEDIA DEVELOPMENT CORPORATION (MDEC).
Objektif utama kursus ini diadakan adalah seperti berikut :
- Pelajari teknik pemasaran internet yang betul
- Peluang memperkenalkan produk anda di alam maya
- Peluang mengembangkan perniagaan internet
- Peluang menjadi usahawan internet berjaya
- Peluang menambah ilmu dalam bidang pemasaran internet
Peserta kursus terdiri daripada bakal usahawan, usahawan Pasir Puteh @ Kelantan, komuniti Selising, kakitangan Pusat Internet Kelantan, mahasiswa dan mahasiswi, di mana setiap kali kursus diadakan kehadiran peserta seramai 20 orang. Peceramah kursus dikendalikan oleh pensyarah keusahawanan MARA seluruh Malaysia. Antara modul kursus pendek e-Usahawan Digital 2016 yang dijalankan oleh MULTIMEDIA DEVELOPMENT CORPORATION (MDEC) terkandung pembelajaran :
- Asas Perniagaan Dunia Digital
- Kaedah Meningkatkan Jualan Dengan Menggunakan FACEBOOK
- Kaedah Meningkatkan Jualan Dengan Menggunakan INSTAGRAM
- Cara Menguruskan Jualan Kepada Pelanggan Melalui WHATSAPP
VIP yang hadir:
- YB Zulkifle Bin Ali
(Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Selising)
- Sani Binti Abdul Rahman
(Pengawai Bahagian Pembangunan Belia – MDEC)
- Pensyarah Keusahawanan MARA
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: