Latihan Intensif Microsoft Excel 2013
24 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Selising telah mengadakan Latihan Intensif Microsoft Excel yang merupakan latihan ICT bulan Oktober 2020 adalah seperti berikut:
- Tempat : Bilik Latihan PI Selising
- Tarikh : Hari : Hari Jumaat 23/10/2020
- Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Bengkel yang diadakan di bilik latihan Pusat Internet Selising telah dikendalikan oleh Pengurus yang melibatkan seramai 6 peserta terdiri dari pelajar Sekolah Menengah Bukit telah mengikuti bengkel tersebut. Antara pengisian bengkel tersebut, peserta telah didedahkan dengan langkah-langkah penggunaan Microsoft Excel dan latihan kerja kursus, dalam menghasilkan dokumen dan susunan yang lebih kemas, teratur dan menarik.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Membuat jadual jualan tahunan peniaga
- Menyusun dan menjadikan hasil kerja yang lebih kemas dan tersusun
- Memasukkan nilai hasil perniagaan
- Mempelajari ‘tools’ yang terdapat pada Microsof Excel
- Menerapkan jadual tersebut dengan warna agar kelihatan lebih kreatif
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: