Pendaftaran Portal E-Kelas
5 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPembelajaran Portal e-Kelas ini bertujuan memberi kemudahan kepada pelajar untuk mempelajari subjek matematik, sains dan bahasa inggeris.Portal ini dapat membantu pelajar dan memberi cara bagaimana pendidikan disampaikan kepada pelajar sekolah di kawasan luar bandar dan miskin bandar Malaysia – jarak bukanlah penghalang untuk pelajar dapat mengakses kandungan pelajaran daripada guru-guru berpengalaman. Itulah program komuniti terbaru Maxis iaitu eKelas. eKelas adalah mengenai kebolehan teknologi pengajaran, pembelajaran jarak jauh yang membuatkan pelajar berasa seronok, memberangsangkan dan memberikan idea tambahan, dilakukan melalui kandungan digital yang sangat interaktif, selaras dengan sukatan pelajaran sekolah di Malaysia. Kami akan menyampaikan program eKelas di Pusat Internet (PI), yang diuruskan oleh Maxis.
Program eKelas tersebut memberi tumpuan kepada tiga subjek kritikal iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1 hingga 5. Program ini yang berlangsung di Pusat Internet Selising, selama 9 jam bermula dari 9 pagi ini dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: