Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Kg Gong Jering
18 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniMajlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Gong jering diadakan di Masjid Mukim Kampung Gong Jering pada 17 Mei 2019. Seramai 100 orang penduduk setempat di kampung dan anak mukim masjid Gong menyertai majlis berbuka puasa ini. Majlis berbuka puasa ini mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk setempat. Selain itu, ceramah ilmu agama juga disampaikan oleh imam masjid Kampung Gong Jering, ini mampu memberi kebaikan kepada penduduk sempena bulan Ramadhan ini.
Program ini yang berlansung di Masjid Mukim gong, selama 2 jam bermula dari 6 petang ini dihadiri oleh seramai 100 orang penduduk dan anak mukim Kampung Gong Jering
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: