Pendaftaran Portal E-Rezeki
09 September 2018 | Aktiviti TerkiniE-Rezeki ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan tempatan tentang cara perniagaan online. eRezeki ini adalah salah satu inisiatif digital yang menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan secara digital dimana individu tu akan buat kerja secara digital. Peserta yang menghadiri program ini akan dilatih dan dipadankan dengan tugas-tugas sesuai atau bekerja.
Program eRezeki adalah berdasarkan kepada konsep crowdsourcing - dengan tumpuan khusus kepada model berasaskan perkhidmatan orang ramai. Program eRezeki tersebut terbuka kepada belia dan masyarakat berumur 18 tahun keatas. Program ini yang berlangsung di Pusat Internet Selising selama 4 jam bermula dari 9 pagi ini dihadiri oleh seramai 9 orang peserta
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: