Program KDB, Advokasi dan E-Waste
19 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniProgram KDB, Advokasi dan E-Waste melibatkan pelajar sekolah rendah di Selising yang merupakan ahli Perpustakaan Desa Selising. Program ini adalah anjuran bersama Pusat Internet Selising dan Perpustakaan Desa Selising yang melibatkan seramai 10 peserta yang telah menjadi ahli Pusat Internet Selising.
Peserta diberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan media sosial (Tayangan slaid/video KDB), kempen mendidik Semak Label Anda dan tentang apa itu e-Sisa (Bahaya e-Sisa). Program ini diselitkan bersama dengan aktiviti kraftangan (Kolaj tupai dan Musking Tape Mummy) , Puzzle KDB dan melukis menggunakan perisian Paint (ICT).
Diharapkan program ini dapat menerapkan nilai kepimpinan, ketekunan, bekerjasama dan berdikari di kalangan peserta. Dalam aktiviti yang diadakan peserta memberikan kerjasama dan kesungguhan yang baik dalam menjalani setiap aktiviti. Syabas, semoga akan menjadi pelajar yang bertanggungjawab dan berdisiplin.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Penerangan Klik Dengan Bijak
- Kempen Semak Label Anda
- Penerangan e-Sisa
- Kraftangan (Kolaj tupai & Musking tape mummy)
- Melukis dan mewarna menggunakan perisian Paint
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: