Latihan Intensif Microsoft Office 2013
18 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Selising telah mengadakan Latihan Intensif Microsoft Office (Word 2013) yang merupakan latihan ICT di sepanjang bulan Februari dan Mac 2017 adalah seperti berikut:
Tempat : Bilik Latihan PI Selising
Tarikh : 3 Februari – 17 Mac 2017
Hari : Setiap Hari Jumaat
Masa : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Bengkel yang diadakan di bilik latihan Pusat Internet Selising telah dikendalikan oleh Penolong Pengurus yang melibatkan seramai 10 peserta terdiri dari pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah Bukit Jawa (Pra Universiti) telah mengikuti bengkel tersebut.
Antara pengisian bengkel tersebut, peserta telah didedahkan dengan langkah-langkah penggunaan Microsoft Word 2013 dan latihan kerja kursus, dalam menghasilkan dokumen yang lebih kemas, teratur dan menarik untuk menyiapkan tugasan kerja kursus di peringkat pengajian Pra Universiti.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Memulakan Word 2013
- Bekerja dengan Dokumen
- Mengedit Dokumen
- Memformat Teks dan Memformat Perenggan
- Menambah Jadual dan Grafik
- Memformat Halaman dan Senarai
- Rujukan dan Petikan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: