Latihan Intensif Microsoft Office 2013
30 April 2017 | Aktiviti TerkiniKursus ini adalah satu siri kursus yang berorentasikan memberi pemahaman dan mempertingkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan Microsoft Word 2013.
Tarikh : 1 April – 29 April 2017
Hari : Setiap Sabtu
Masa : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Tempat : Bilik Latihan PI Selising
Anjuran : Pusat Internet Selising
Objektif kursus adalah bagi mendedahkan penggunaan Microsoft Word 2013 kepada peserta yang tidak mempunyai asas dalam penggunaan Microsoft Word 2013. Seramai 41 orang peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar Pra U dan lepasan SPM SMK Bukit Jawa. Penyertaan kursus amat menggalakkan memandang peserta perlu menggunakan perisian tersebut dalam melakukan tugasan sekolah.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Memulakan Word 2013
- Bekerja dengan Dokumen
- Mengedit Dokumen
- Memformat Teks dan Memformat Perenggan
- Menambah Jadual dan Grafik
- Memformat Halaman dan Senarai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: