Kursus Bisnes Online
27 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniKursus ini merupakan satu program keusahawanan yang diadakan untuk memberi pendedahan tentang ilmu Facebook Page bagi tujuan perniagaan secara online kepada peserta. Program ini dianjurkan oleh Pusat Internet Selising yang disampaikan oleh Penolong Pengurus PI Selising. Peserta Kursus Bisnes Online terdiri daripada ahli Pusat Internet Selising seramai 37 orang peserta. Kami juga membantu peserta dalam menghasilkan Facebook Page dengan penetapan page yang bersesuaian untuk page perniagaan. Kursus ini diadakan adalah seperti berikut:
Tempat : Bilik Latihan PI Selising
Tarikh : 7 April – 26 Mei 2017
Hari : Setiap Sabtu
Masa : 10.30 Pagi – 11.30 Pagi
Tujuan kursus ini adalah mendedahkan peserta bagaimana cara untuk membina komuniti yang besar dalam mempromosikan produk-produk yang ingin dijual kepada individu yang sudah mengenalinya dalam alam maya. Peserta juga diajar bagaimana untuk mengiklankan produk mereka kepada segmen-segmen yang menjadi sasaran. Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Pengenalan Facebook
- Rasional Facebook
- Cara buat page
- Tips dan trick
- Jenis posting jualan (Soft sell, Hard sell, Teaser)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: