Bengkel Video Keusahawanan
12 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniBengkel ini adalah anjuran Pusat Internet Selising menglibatkan 14 orang peserta pelajar tingkatan 6 Atas (Pra U) SMK Bukit Jawa yang dijalankan sepanjang bulan Februari – Mac 2017.
Tempat : Bilik Latihan PI Selising
Tarikh : 3 Februari – 11 Mac 2017
Hari : Setiap Hari Sabtu
Masa : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Peserta telah diberikan pendedahan secara teori dan praktikal dalam proses mengambil video (menggunakan android atau Ipad) dan mengedit video (menggunakan perisian Windows Movie Maker). Bengkel ini diadakan atas permintaan pelajar tingakatan 6 Atas (Pra U) SMK Bukit Jawa bagi memahirkan penggunaan perisian mengedit video dalam persediaan mereka menghasilkan video kerja kursus di peringkat pengajiaan Pra U.
Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, setiap kumpulan diberikan tugasan untuk menghasilkan video Kisah Kejayaan Usahawan dan video Kisah Kejayaan ICT. 2 video terbaik yang dihasilkan oleh peserta dipilih sebagai video Kisah Kejayaan PI Selising.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Bekerja dengan Windows Movie Maker
- Menghasilkan video dan Mengedit video
- Menambah tajuk, sari kata dan kredit
- Menyesuaikan tajuk
- Menyusun semula klip video
- Menyimpan projek video
- Quick Movies
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: