Asas Kemahiran Menaip
21 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniKursus ini adalah melatih peserta teknik menaip dengan pantas tanpa mencari dan melihat papan kekunci. Ia memberi fokus kepada kedudukan jari yang betul di atas papan kekunci. Dengan mempraktikkan kaedah ini tugasan yang diberikan menggunakan perisian Microsoft Word 2013 dapat dipermudahkan dan dipartikkan dengan pantas, tepat dan betul.
Kursus ini dijalankan selama hampir 2 bulan untuk program Intel Train the Trainer yang melibatkan 24 orang peserta yang terdiri daripada ahli PI Selising. Peserta diberikan pembelajaran dan latihan huruf-huruf dan tanda-tanda secara berperingkat dan teratur bagi meningkatkan tahap kecekapan menaip . Kursus ini diadakan seperti berikut:
Tarikh : 6 April – 20 Mei 2017
Hari : Setiap Rabu & Khamis
Masa : 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Bilik Latihan PI Selising
Anjuran : Pusat Internet Selising
Objektif kursus adalah memberi kefahaman kepada peserta tentang kaedah dan disiplin yang diperlukan dalam penaipan meletakkan jari pada kekunci tertentu dan di tempat tertentu, menunjukkan kaedah menaip menggunakan 10 jari tanpa melihat papan papan kekunci dan mampu menaip dengan pantas dan tepat.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Pengenalan asas menaip
- Menaip kekunci F dan J
- Menaip SPACE
- Menaip kekunci K dan D
- Menaip kekunci L dan S
- Menaip kekunci A dan Koma Bertindih (;)
- Menaip kekunci G dan H
- Menaip kekunci V dan N
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: