Kursus Asas Microsoft Powerpoint
11 March 2018 | Aktiviti TerkiniSatu Kursus Asas Microsoft Powerpoint telah diadakan di Pusat Internet Selising. Pembelajaran asas-asas Microsoft Powerpoint 2013 telah di sampaikan oleh Staf Pusat Internet Selising. Kursus ini dijalankan seperti berikut:
- Tempat : Bilik Latihan PI Selising
- Tarikh/Hari : 9/3/2018 & 10/3/2018
- Hari : Jumaat & Sabtu
- Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Kursus yang diadakan ini melibatkan 10 peserta yang terdiri daripada pelajar tingakatan 6 Smk Bukit Jawa Kg Selising. Objektif Kursus Asas Microsoft Powerpoint ini peserta diajar dengan kemahiran asas untuk membuat ‘slide’, susunan imej dan grafik bagi menghasilkan slide. Kursus ini dilaksanakan melalui kaedah penerangan, teori dan latihan amali. Ia diharap dapat mengembangkan kreativiti peserta dan membantu untuk memudahkan mereka menyiapkan kerja kursus mereka.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Mengetahui tentang Microsoft Powerpoint
- Bekerja dengan slide
- Menukar design latar belakang yang menarik
- Menggunakan Font yang lebih menarik
- Menyusun gambar dengan sesuai
- Memasukan graf ke dalam ‘slide’
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: