Latihan Intel Train The Trainer
31 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Selising telah mengadakan Latihan Intel Train The Trainer (Microsoft Excel 2013) sepanjang bulan Februari - Mac 2017. Latihan ini melibatkan 4 peserta lepasan SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Selising.
Objektif latihan ini bagi meningkatkan pengetahuan dan mendedahkan berkemahiran kepada peserta dalam memanipulasi data menggunakan perisian Microsoft Excel 2013 dengan diberi latihan kerja kursus bagi setiap modul yang dipelajari.
Tempat : Bilik Latihan PI Selising
Tarikh : 9 Feb – 30 Mac 2016
Hari : Setiap Hari Rabu & Khamis
Masa : 10.30 Pagi – 11.30 Pagi
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Memulakan Excel 2013
- Bekerja dengan buku kerja (workbook)
- Memanipulasi data
- Mengubahsuai lembaran kerja (worksheet)
- Melaksanakan pengiraan
- Grafik dan carta
- Menformat lembaran kerja
- Membangun buku kerja
- Ciri-ciri halaman dan pencetakan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: