dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Selising, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Kg. Chengal

15 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Majlis ini telah diadakan pada 14 Julai 2016 yang lalu. Majlis ini diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama seluruh warga sekolah Kebangsaan Kg. Chengal. Objektifnya adalah untuk mempromosikan teknologi ICT secara lebih efektif dalam melahirkan pelajar yang celik ICT. Disamping itu, pihak Pusat Internet dapat mempromosikan perkhidmatan yang disediakan dengan mengedarkan risalah serta penerangan mengenai kepentingan PI dalam kalangan warga sekolah khususnya.

Program ini merupakan salah satu program kerjasama di antara PI Kg. Chengal dan PI Selising yang bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara warga sekolah dan kakitangan PI, mempromosikan PI kepada semua yang terlibat dan memberi penerangan mengenai e-waste, advokasi dan KDB dengan penglibatan seramai 500 orang yang terdiri daripada pelajar dan guru-guru sekolah.

Tempat : Dewan Wawasan, Sek. Keb. Kg. Chengal
Tarikh : 14 Julai 2016
Hari : Khamis
Masa : 8.00 Pagi – 1.30 Petang

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:

- Bacaan doa dan ucapan pengerusi majlis
- Ucapan oleh Guru Besar Sek. Keb. Kg. Chengal
- Pengagihan duit raya kepada pelajar
- Slot Klik Dengan Bijak, E-waste, Advokasi dan kuiz ICT
- Persembahan murid dan guru
- Jamuan Hari Raya Aidilfitri

VIP yang hadir:
- Puan Hajah Nik Supinah Binti Mat Daud (Guru Besar)
- YM Tuan Mohd Rahimi bin Tuan Kechik (Penolong Kanan 1)
- Encik Darus Bin Seman (PK KO)
- Puan Noriha Binti Che Mat (PK HEM)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.