dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Selising, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Latihan Keusahawanan dan Intel Train The Trainer

1 September 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Selising telah mengadakan Bengkel Windows Movie Maker (Latihan Keusahawanan) dan Latihan Intensif Microsoft Excel 2013 (Intel Train The Trainer) sepanjang bulan Ogos dan September 2016. Peserta bagi latihan ini terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Bukit Jawa (Pelajar tingkatan 6) dan ahli Pusat Internet Selising seramai 10 orang peserta bagi Bengkel Windows Movie Maker dan 3 orang peserta untuk Latihan Intensif Microsoft Excel 2013.

Objektif program ini dianjurkan bagi menjadikan peserta berkemahiran dalam pembikinan video dengan menggunakan perisian Windows Movie Maker dan meningkatkan pengetahuan peserta dalam memanipulasi data menggunakan perisian Microsoft Excel 2013. Di mana diakhir program peserta disyaratkan menyiapkan kerja kursus yang ditetapkan seperti menyertai Pertandingan Mencipta Video Mykomunitikreatif, Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016 dan latihan kerja kursus Microsoft Excel 2013.

Tempat : Bilik Latihan PI Selising
Tarikh : Ogos – September 2016
Hari : Rabu , Khamis, Jumaat & Sabtu
Masa : 10.00 Petang – 12.00 Tengahari

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:

- Pengenalan kepada Windows Movie Maker dan Microsoft Excel 2013
- Kaedah mengedit dan menghasilkan Movie.
- Menghasilkan segala bentuk data yang dikehendaki menggunakan Microsoft Excel 2013
- Tugasan kerja kursus.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.