Pertandingan Mencari Harta Karun : Program Sempena Bulan Kemerdekaan 2015

30 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Ogos 2015, Pusat Internet Selising telah mengadakan pertandingan mencari harta karun sempena dengan Bulan Kemerdekaan 2015. Pertandingan ini melibatkan 20 orang pelajar sekolah menengah di kawasan Selising (ahli PI Selising) yang diadakan di bangunan PI Selising. Pelajar tesebut dibahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pelajar. Di mana setiap kumpulan perlu mejawab 10 soalan subjektif dan menyelesaikan atau mencari klu soalan untuk kad soalan yang seterusnya. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara ahli PI Selising dan pentadbir PI Selising serta memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada 31 Ogos 2015 serta menanamkan semangat kesepaduan, kekitaan, kesefahaman dan kemanusiaan walaupun dimana kita berada. SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2015, SEHATI SEJIWA.

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Puzzle
- Klik Dengan Bijak
- Gotong-royong
- Pengetahuan tentang Bendera Jalur Gemilang dan Kemerdekaan
- Nyanyian lagu tema Hari Kebangsaan 2015
- Penyampaian hadiah

Berikut antara perlaksanaan aktiviti:

- Puzzle
Setaip kumpulan dikehendaki mencantum Puzzle logo Pusat Internet.

- Klik Dengan Bijak
Penerangan mengenai panduan penggunaan internet secara selamat dan berhemah. (soalan dimasukkan ke dalam kad soalan pertandingan).

- Gotong-royong
Setiap kumpulan perlu membersihkan 5 papan kekunci dan skrin komputer untuk mendapat kad soalan seterusnya.
- Pengetahuan tentang Bendera Jalur Gemilng dan Kemerdekaan
Setiap kumpulan bertanding dikehendaki menjawab soalan yang berkaitan dengan Bendera Jalur Gemilang dan Kemerdekaan.

- Nyanyian lagu tema Hari Kebangsaan 2015
Kumpulan yang menyertai pertandingan dan semua pengunjung PI Selising pada waktu itu diajak bersama-sama menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan 2015, Sehati Sejiwa.

- Penyampian hadiah
Penyampian hadiah berbentuk hamper kepada pemenang tempat pertama dan saguhati kepada pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kembali

Kembali Ke Atas