dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Selising, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pertandingan Fotografi Digital PI Selising

24 April 2016 | Aktiviti Terkini

Alhamdulillah, Pertandingan Fotografi Digital berkonsepkan PI Selising telah selesai dijalankan dengan penyertaan seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar SMK Bukit Jawa dan SMK Selising (ahli PI Selising) pada 1 April 2016.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang bagi pertandingan telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan dengan 23 April 2016. Majlis ini berjaya diadakan pada pukul 4.30 petang iaitu setelah selesai kursus e-Usahawan Digital 2016.

Fotografi-Fotografi Digital hasil kreativiti peserta dinilai dari kreativiti gambar dan spesifikasi konsep ke atas fotografi oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI Selising. Fotografi yang berjaya dipilih sebagai fotografi digital terbaik akan dibingkaikan dan dijadikan hiasan dinding di bangunan PI Selising.

Enam (6) peserta membawa balik hadiah pemenang sebagai tanda penghargaan daripada Pusat Internet Selising kerana sudi menyertai pertandingan ini. Berikut merupakan senarai penerima TOP 6 bagi pertandingan Fotografi Digital PI Selising.

Pemenang Fotografi Digital
Tempat Pertama : Muhammad Khairuddin Bin Iberahim
Tempat Kedua : Atiya Nadirah Binti Muhammad
Tempat Ketiga : Rahana Binti Sapii
Tempat Keempat : Ahmad Fatih Bin Mat Kamal
Tempat Kelima : NurSyazaliyana Amalin Binti Mohd Sayuti
Tempat Keenam : Nik Muhammad Firdaus Bin Nik Mohd


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.