Mengisi Maklumat Mysejahtera Bagi Tujuan Perniagaan
24 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Selising telah membantu peniaga untuk membuat akaun mysejahtera yang merupakan latihan ICT bulan Februari 2021 adalah seperti berikut:
- Tempat : PIK Selising
- Tarikh : Hari Selasa 23/2/2021
- Masa : 2.00 Petang– 3.00 Petang
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaann Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: